PKD ALOR GAJAH TINGKATKAN PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP

ALOR GAJAH – Tim Task Force Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah terus meningkatkan jumlah pemantauan pematuhan SOP di beberapa kawasan tumpuan dan kawasan perindustrian sekitar daerah Alor Gajah. Ini bagi memastikan masyarakat terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) disamping dapat membendung penularan wabak COVID-19 dari terus merebak. Antara skop pemeriksaan yang dilakukan oleh Tim Task Force PKD Alor Gajah adalah pematuhan SOP, semakan dos vaksin ke atas pekerja di premis makanan dan perindustrian serta penggunaan aplikasi MySejahtera oleh para pelanggan dan pengunjung di kawasan tumpuan. Nasihat dan pendidikan kesihatan juga diberikan kepada individu yang mengambil sikap sambil lewa terhadap pematuhan SOP dan amalan norma baharu yang perlu dipatuhi.

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Melaka

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …