DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021 – 2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA (Konvensyen Antarabangsa Disertai Malaysia)
Malaysia telah dijemput untuk menghadiri Persidangan Ke-27 Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (COP27-UNFCC) di Sharm El Sheikh pada November 2022. Jemputan telah disampaikan oleh Menteri Luar Negeri Mesir mewakili Presiden Mesir, Abdel Fattah Al Sisi dalam satu sesi lawatan rasmi pada 14 hingga 16 Mac 2022. Secara prinsipnya, Malaysia telah bersetuju untuk bekerjasama rapat dengan Mesir dalam menggerakkan usaha bersama bagi agenda tindakan iklim global.
Sumber:
Wisma Putra (https://fb.watch/bN5vsiUgNp/)