IMEJ BAHARU PERKHIDMATAN BECA PULAU PINANG UNTUK TARIK PELANCONG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Pemulihan Pasca-Krisis Pandemik)

GEORGETOWN – Penularan COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan  (PKP) sebelum ini pastinya memberi kesan yang sangat besar dalam kalangan masyarakat.

Antara yang terkesan dengan keadaan ini adalah golongan penarik beca. Hampir semua pengayuh beca berputus asa kerana pendapatan mereka terjejas teruk. Ketiadaan pelancong asing sejak dua tahun lalu menyebabkan mereka amat runsing dan tiada sumber pendapatan.

Justeru, pembukaan pintu sempadan negara April ini diharap dapat membantu semua pengayuh beca meraih pendapatan seperti biasa kerana terlalu lama mereka hidup dalam kesusahan.

Selain itu, Pengerusi Persatuan Penarik Beca Pulau Pinang, Abdul Latiff Mohd berharap agar perancangan kerajaan negeri untuk memberi imej baharu kepada 167 buah beca di Pulau Pinang tahun ini dapat dilaksanakan.

Perancangan ini adalah untuk memberikan transformasi kepada imej beca di negeri ini dalam menarik minat pelancong dalam dan luar negara untuk menaiki beca.

Perancangan itu tertangguh sejak dua tahun lalu akibat COVID-19. Perubahan imej seperti warna dan kebersihan beca nanti diharapkan dapat membantu menjana pendapatan pengayuh beca selain memberi lebih keyakinan kepada pelancong menggunakan perkhidmatan tertua ini.

Sumber:

SINAR HARIAN

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …