PELAKSANAAN INSENTIF PENGECUALIAN LKM BAGI KENDERAAN ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) DI BAWAH BAJET 2022

Selaras dengan pengumuman Kerajaan melalui Bajet 2022, Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia akan melaksanakan pemberian Insentif Pengecualian Bayaran Fi LKM ke atas Kenderaan milik Orang Kelainan Upaya (OKU)
…
KENDERAAN MOTOR ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)

i. kenderaan motor yang telah diubahsuai khas untuk kegunaan OKU atau bagi kenderaan motor yang tidak diubahsuai, pengecualian hanya kepada Kenderaan Pemasangan Tempatan (CKD) dan Kereta Nasional sahaja
ii. hendaklah didaftarkan dan dilesenkan di atas nama individu OKU tersebut, dan individu OKU hendaklah telah berdaftar serta mempunyai kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

*** Pengecualian juga dipanjangkan kepada kenderaan motor yang didaftarkan/dimiliki oleh ibu bapa/penjaga yang berdaftar dan mempunyai anak OKU serta pasangan suami/isteri yang mempunyai pasangan OKU, dengan syarat individu OKU terbabit juga telah berdaftar dengan JKM.

Permohonan bagi mendapatkan pengecualian ini adalah mulai pada 15 Mac 2022

Mana-mana pemilik kenderaan yang terbabit yang telah melesenkan kenderaan mulai 1 Januari 2022, pemilik kenderaan atau wakil boleh hadir ke kaunter JPJ untuk

i. Menyerahkan semula LKM dan berhak dibayar rebet dengan apa-apa amaun ditetapkan;
ii. Memohon pengecualian fi LKM mengikut perincian di atas

Artikel/Berita Terkini

APA ITU i-KAD?

𝙞-𝗞𝗔𝗗 adalah dokumen penting yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara PL(KS). Kad ini diberikan …

PENGHANTARAN UBAT MELALUI POS SECARA PERCUMA BERMULA 1 OKT 2026

Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) membuat penghantaran ubat melalui pos secara percuma, …

KUNJUNGAN HORMAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Kastam …