HARI PENGGUNA KEBANGSAAN 2022

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Keutuhan Ekonomi)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mendapat persetujuan dari pihak kerajaan untuk menjadikan 15 Mac sebagai Hari Pengguna Kebangsaan pada setiap tahun.

Tarikh tersebut dipilih bersempena dengan sambutan Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia yang disambut serentak seluruh dunia setiap tahun anjuran Consumers International sejak tahun 1983.

KPDNHEP merasakan telah tiba masanya sumbangan pengguna diiktiraf dan diraikan di dalam satu tarikh yang khusus dengan mengambil kira kepelbagaian latar belakang pengguna di Malaysia, tidak mengira kaum, agama, jantina dan peringkat umur.

Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan 2022 yang disambut pada hari ini 15 Mac 2022 adalah bertemakan Fair Digital Finance yang bermaksud Kesaksamaan Dalam Kewangan Digital.

Jadilah PENGGUNA DIGITAL yang BIJAK berurusan dalam TALIAN, tahu HAK PERLINDUNGAN sebagai PENGGUNA dan BERANI BERTINDAK mendapatkan keadilan untuk mencapai kesaksamaan dalam kewangan digital.

Sumber : Facebook KPDNHEP Laman Rasmi

Artikel/Berita Terkini

DUN SABAH: KERAJAAN NEGERI TEKAD TANGANI ISU BEKALAN AIR

KOTA KINABALU (18 April): Kerajaan Sabah bertekad untuk terus menangani isu bekalan air di negeri ini selain akan turut memperkasa …
Maklumat Lanjut

𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) YDH CP …
Maklumat Lanjut

PEMBATALAN PENERBANGAN: KESELAMATAN PENUMPANG JADI KEUTAMAAN – KETUA MENTERI

KOTA KINABALU (18 April): Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata keselamatan penumpang menjadi keutamaan berikutan langkah syarikat penerbangan …
Maklumat Lanjut