PROGRAM PEMBERSIHAN PANTAI DI BUTTERWORTH

DASAR KESELAMATAN NEGARA

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

Pada 13 Mac 2022, telah berlangsungnya Program Pembersihan Pantai Bersih, Butterworth. Program yang disertai oleh YB Tuan Soon Lip Chee, EXCO Belia & Sukan Negeri Pulau Pinang bersama YBhg. Dato’ Azhar bin Hj Arshad, Datuk Bandar Seberang Perai, YBrs. Dr. Gwee Sai Ling, Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang ini turut disertai 90 orang sukarelawan dan 30 orang Wira Oren Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Selain itu hadir bersama adalah Ahli Majlis MBSP Encik Tan Chee Teong dan Encik Ng Yee Siang. Hasil daripada program ini lebih kurang 53 kilogram sampah kitar semula & hampir 4 tan sisa sampah terbuang telah berjaya dikutip.

Terima kasih kepada semua sukarelawan dalam usaha untuk melindungi kawasan pantai kita dari pencemaran alam sekitar. Diharapkan orang awam yang beriadah di sepanjang pantai ini dapat menjaga kebersihan bersama dalam usaha untuk mewujudkan tempat riadah yang selamat, bersih dan selesa.

 

 

Sumber:

Laman Facebook Majlis Bandaraya Seberang Perai

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …