JAWI FOOD BANK BANTU MANGSA BANJIR DI KELANTAN DAN TERENGGANU

JAWI Food Bank bersama Skuad Muda’adah Keluarga Malaysia, Agensi YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (HEA) berganding bahu menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan.

 

 

 

Misi bantuan yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 10 hingga 12 Mac 2022. Penyampaian sumbangan dilaksanakan diempat buah lokasi iaitu Hulu Terengganu, Besut, Pasir Mas dan berakhir di Rantau Panjang, Kelantan. Barangan keperluan asas dapur dan KFC sumbangan QSR BRAND’S telah diberikan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir. Kegembiraan kanak-kanak yg mendapat ayam goreng KFC membuatkan kami juga turut tersenyum.

 

Semoga mereka semua tabah dalam menghadapi musibah yang melanda dan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik untuk masa akan datang.

 

SUMBER: JAWI FOOD BANK https://www.facebook.com/JAWIFoodBank

 

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …