PEMBUKAAN SEMPADAN NEGARA PEMANGKIN INDUSTRI PELANCONGAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Pemulihan Pasca-Krisis Pandemik)

Menerusi segmen Bisnes di Harian Metro, melaporkan bahawa industri pelancongan di negara ini pasti menerima pemangkin yang positif menjelang pembukaan sempadan negara pada 1 April depan. Pembukaan sempadan negara tersebut akan menjadi kayu ukur pemulihan ekonomi negara bagi suku kedua tahun ini.

Penganalisis ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, pada 2018, industri pelancongan pernah menyumbangkan hingga 15 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK). Tambah beliau,  jumlah pelancong asing pula membentuk 45 peratus daripada jumlah keseluruhan pengunjung.

Sehubungan itu, orang awam turut diingatkan untuk sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengelak jangkitan COVID-19.

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …