ANTIBIOTIK PERLU ATAU TIDAK JIKA JALANI RAWATAN KENDIRI COVID-19?

Rawatan kendiri COVID-19 tidak perlu antibiotik sebaliknya pantau diri sendiri setiap hari untuk gejala. Hal ini kerana antibiotik hanya berkesan untuk merawat jangkitan bakteria dan bukan virus. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah pesakit Covid-19 yang mungkin dijangkiti bakteria. Dalam situasi ini, doktor akan memberi antibiotik untuk merawat jangkitan bakteria tersebut.

Sebaiknya, kita dinasihatkan merujuk kepada doktor dan fasiliti kesihatan sekiranya mempunyai gejala. Doktor akan memberi nasihat yang terbaik terhadap penyakit dan gejala yang dihadapi. Umum perlu tahu bahawa tidak semua penyakit memerlukan pengambilan antibiotik.

 

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua
#KeluargaMalaysia

 

 

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …