DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik dan Keselamatan Kesihatan)
11 Mac 2022 – Merujuk kepada laporan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 224 daripada 30,787 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam melibatkan kategori tiga (3) hingga (5). Menurut beliau, baki 30,563 kes lagi terdiri daripada katefori satu (1) dan dua (2), sekali gus menjadikan kumulatif kes positif COVID-19 negara berjumlah 3,741,986. Sementara itu, 26,457 kes sembuh dilaporkan semalam menjadikan kumulatif kes sembuh sebanyak 3,393,999 kes.
Turut dimaklumkan daripada 224 kes COVID-19 kategori tiga (3) hingga lima (5) itu, 58 kes melibatkan individu tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi manakala 94 kes telah menerima dua dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak. Sebanyak 72 kes telah menerima dos penggalak manakala 122 kes berumur 60 tahun dan ke atas serta 96 kes mempunyai komorbid.
2,048 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital semalam, melibatkan 771 kes kategori tiga hingga lima dan 1,277 kes kategori satu dan dua. 389 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 229 kes memerlukan bantuan pernafasan, sekali gus menjadikan kadar penggunaan alat itu kini 26 peratus, kata beliau lagi.
Bagi penggunaan katil kes kritikal atau ICU, enam (6) negeri menunjukkan pengisian 50 peratus atau lenih, iaitu Kelantan (79 peratus), Johor (68 peratus), Putrajaya (67 peratus), Kuala Lumpur (62 peratus) dan Pulau Pinang serta Selangor masing-masing mencatatkan penggunaan 57 peratus.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan itu lagi, nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 negara kini adalah 1.04 dan antara negeri yang mencatatkan Rt tertinggi ialah Sarawak dengan 1.37. negeri lain yang mencatatkan Rt melebihi 1.0 ialah Kuala Lumpur (1.16), Terengganu (1.15), Perak (1.10), Negeri Sembilan (1.07), Kedah (1.05), Selangor (1.04), Pahang dan Pulau Pinang masing-masing 1.03 manakala Melaka dan Putrajaya masing-masing 1.02.
Sumber:



