PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA TAHFIZ WP LABUAN

WP LABUAN – Selaras dengan Dasar Belia Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan juga tidak meminggirkan kehadiran belia tahfiz di kalangan belia Labuan.

Oleh yang demikian, JBS Labuan telah melaksanakan Program Belia Tahfiz (Futsal) bersama 25 orang pelajar dan pengajar dari Sekolah Tahfiz Sri Merinding bertempat di Kompleks Sukan Labuan. Turut hadir dalam program ini ialah Ustaz Haji Arif bin Aliskah (Pengetua) dan En. Zulhairi Bin Isnean (Pegawai Kepimpinan dan Pembangunan Sahsiah JBS).
Untuk rekod, sebelum ini juga JBS Labuan telah melaksanakan pelbagai aktiviti untuk pelajar-pelajar tahfiz seperti perlawanan persahabatan bola sepak, memanah, berkayak dan semestinya akan diteruskan dengan pelbagai lagi aktiviti yang lain pada masa hadapan.
Selain itu aktiviti dan program yang diberikan kepada belia tahfiz bertujuan mengarusperdana pembangunan belia tahfiz dan melahirkan lebih ramai golongan profesional dalam kalangan masyarakat Islam khususnya belia untuk memimpin dan mengurus negara dengan baik sebagaimana yang pernah dibincangkan oleh pihak Majlis Belia Malaysia dan para penggiat sekolah tahfiz dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Sumber: Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …