BANJIR KELANTAN SEMAKIN PULIH

RANTAU PANJANG – Banjir di Kelantan semakin pulih apabila hanya 790 mangsa banjir daripada 226 keluarga yang ditempatkan di tiga buah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 4 petang Ahad.

InfoBencanaJKM melaporkan tiga PPS itu ialah di jajahan Pasir Mas iaitu PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh yang merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 711 orang, SK Gual Periok (24) dan SK Kedai Tanjong (55).

Tinjauan Sinar Harian di Rantau Panjang mendapati penduduk setempat kini sibuk membersihkan rumah selain pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turun padang menyampaikan sumbangan kepada mangsa.

 

SUMBER : SINAR HARIAN & INFOBENCANA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …