MKN PERLIS JUARA KARNIVAL MKN SUKAN ZON UTARA TAHUN 2022

Karnival Sukan MKN Zon Utara Tahun 2022 telah diadakan di Kompleks Sukan Langkawi melibatkan tiga kontinjen iaitu MKN Perlis, MKN Kedah dan MKN Pulau Pinang pada 26 Februari yang lalu. Sebanyak empat jenis sukan seperti bola tampar, badminton, ping pong dan bowling melibatkan 10 acara.

Kontinjen MKN Perlis hadir ke bumi Langkawi dengan 12 orang pemain dalam misi merangkul kejuaraan sulung dalam kejohanan ini. Berbekalkan semangat dan kerjasama yang erat antara ahli pasukan, MKN Perlis berjaya menjadi johan dalam acara Badminton Beregu Lelaki A, Badminton Beregu Campuran, Ping Pong Perseorangan Lelaki dan Ping Pong Beregu Lelaki.

Secara keseluruhannya, MKN Perlis berjaya memungut 4 Emas, 5 Perak dan 1 Gangsa sekaligus berjaya menjadi juara keseluruhan Karnival Sukan MKN Zon Utara Tahun 2022 dan membawa pulang kejuaraan ke bumi Perlis. Kejayaan ini amat bermakna buat semua ahli kontinjen dan MKN Perlis bertekad untuk mempertahankan kejuaraan ini pada masa akan datang.

MKN Perlis turut ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kesemua warga MKN Kedah dan MKN Pulau Pinang yang turut serta dalam penganjuran Karnival Sukan MKN Zon Utara Tahun 2022 ini. Semoga ukhuwah dan kerjasama yang terjalin akan kekal terpelihara. Program seumpama ini diharapkan akan menjadi pencetus ke arah pembudayaan gaya hidup yang lebih aktif, sihat dan bertenaga.

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …