ENAM RUMAH HANYUT DIBAWA ARUS, PENDUDUK KG TERSANG RAYU BANTUAN

PASIR MAS – “Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga,” itulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan keadaan enam penduduk Kampung Tersang, Rantau Panjang, di sini apabila mereka bukan sahaja ditimpa banjir, bahkan turut kehilangan tempat berteduh.

Che Hasniza Che Omar, 45, berkata hatinya luluh apabila mengetahui rumah pusaka miliknya yang diduduki lebih 27 tahun musnah dibawa arus deras Ahad lepas, iaitu ketika beliau berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh.

Ibu kepada enam orang anak itu berkata beliau sekeluarga kini buntu mencari tempat berteduh kerana pendapatan bulanan mereka tidak mencukupi untuk membina rumah sendiri dalam masa terdekat.

Seorang lagi penduduk yang mengalami nasib yang sama, Mohd Huraini Mohd, pula berharap pihak kerajaan atau mana-mana agensi sudi tampil membantu membina rumah untuk mereka yang kehilangan tempat tinggal.

 

 

SUMBER : BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …