KESELAMATAN SIBER PENGGUNA KOMPUTER

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pembangunan Kesedaran, Keupayaan dan Pendidikan Keselamatan Siber dan Teknologi)

Kesedaran tentang keselamatan siber masih rendah dalam kalangan rakyat Malaysia memandangkan ramai pengguna komputer tidak mengamalkan kaedah penggunaan internet secara positif, beretika dan bertanggungjawab. Buktinya, jumlah insiden pencerobohan keselamatan siber di Malaysia terus meningkat setiap tahun. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Malaysian Computer Emergency Response Team (MyCERT), terdapat lebih 10,000 kes berkaitan keselamatan siber dilaporkan berlaku setiap tahun sejak dari tahun 2018 dan dari jumlah kes tersebut, kebanyakannnya merupakan kes melibatkan penipuan dan pencerobohan sistem operasi komputer dengan kerugian mencecah jutaan ringgit. Statistik aduan awam yang diterima oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut menunjukkan peningkatan jumlah aduan berkaitan penggodaman dan kehilangan akses sebanyak 55 peratus, iaitu 1,599 aduan pada tahun 2020 dan 2,483 aduan pada tahun 2021.

Keselamatan siber merujuk kepada kaedah pencegahan yang digunakan untuk melindungi maklumat yang ada dalam sistem komputer dari dicuri, dikompromi atau diserang oleh seseorang yang berniat jahat atau lebih dikenali sebagai penjenayah siber. Umumnya, terdapat dua bentuk perisian yang dikenalpasti dicipta untuk melakukan pencerobohan ke atas keselamatan sistem komputer. Pertama, perisian perosak yang merujuk kepada perisian sistem komputer yang dimuat turun melalui lampiran e-mail yang diterima atau melalui butang palsu yang diklik pada laman web tertentu. Perisian perosak berupaya menghantar data peribadi pengguna komputer secara tidak sah untuk tujuan intipan, malah berupaya merosakkan sistem operasi dan perisian komputer. Kedua, perisian tebusan iaitu sejenis perisian yang berupaya mengunci akses dan kawalan ke atas fail yang terdapat dalam komputer. Perisian ini juga dimuat turun melalui fail yang biasa yang diterima oleh pengguna komputer tanpa disedari perisian ini sebenarnya merupakan perisian tebusan. Akses kepada fail yang dikunci oleh perisian tebusan hanya dibenarkan setelah pengguna komputer membayar tebusan kepada penjenayah siber.

Sebagai kaedah pencegahan, pengguna komputer dinasihatkan memasang perisian antivirus dan firewall yang sah kerana ia berupaya membantu mencegah dan menghapuskan ancaman kepada sistem komputer. Pengguna komputer juga perlu mengelak dari menggunakan perisian percuma atau perisian yang diubahsuai dari perisian asal (cracked software) kerana ia berkemungkinan mengandungi unsur perisian perosak atau perisian tebusan. Selain dari itu, pengguna komputer perlu berhati-hati semasa melayari laman web dan blog yang berunsur gosip, hasutan dan skim cepat kaya kerana penjenayah siber cenderung meletakkan perisian perosak dan perisian tebusan dalam laman web dan blog berkenaan.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut