OPS SAMSENG JALANAN DI NEGERI PULAU PINANG

DASAR KESELAMTAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Keselamatan Dalam Negeri)

PULAU PINANG – Pada 26 Februari 2022 Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pulau Pinang telah mengadakan Op Samseng Jalanan di sekitar Pulau Pinang. Operasi yang dilakukan antara jam 12.00 pagi sehingga 6.00 pagi telah diketuai oleh Supt. Zafri bin Zolkapli, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pulau Pinang bersama lapan pegawai serta 34 anggota trafik.

Operasi ini dijalankan bertujuan untuk memastikan penunggang motorsikal sentiasa mematuhi peraturan-peraturan lalulintas dan tidak menjalankan aktiviti berkonvoi sehingga mengganggu serta membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Hasil Operasi yang dijalankan, pihak JSPT Pulau Pinang telah berjaya menyita 102 buah motosikal di bawah Seksyen 64 APJ 1987 serta 239 saman telah dikeluarkan kepada penunggang motorsikal atas pelbagai kesalahan trafik. Kesemua motorsikal yang disita telah dibawa ke Balai Polis Bayan Baru untuk proses dokumentasi.

Sumber berita:

Laman Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Penang

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …