TAHANAN WARGA MYANMAR MENINGGAL AKIBAT COVID-19 DI HOSPITAL TANAH MERAH

Kematian seorang tahanan lelaki warganegara Myanmar di Hospital Tanah Merah, Kelantan awal pagi Sabtu (26 Februari 2022) disahkan akibat jangkitan Covid-19.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Azri Ahmad memaklumkan lelaki berkenaan ditahan pada Jumaat (25 Feb 2022) oleh anggota polis daripada Balai Polis Jeram Perdah, Pasir Mas bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Ujian awal mendapati lelaki berkenaan positif Covid-19 dan kemudian dihantar ke Hospital Tanah Merah bagi mendapatkan rawatan, lelaki itu ditempatkan di wad Covid-19 pada pukul 4 petang hari yang sama dan pada pukul 2.22 pagi Sabtu (26 Feb 2022) lelaki itu disahkan meninggal dunia akibat Covid-19.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …