PDRM PULAU PINANG BERJAYA TUMPASKAN SINDIKET DADAH HAMPIR RM1 JUTA

GEORGE TOWN, 18 Februari 2022 – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang telah berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan nilai rampasan hampir RM1 juta dalam dua (2) operasi di sekitar kawasan George Town dan Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang pada 16 hingga 17 Februari 2022 lalu.
    
Kejayaan operasi tersebut telah diumumkan oleh YDH CP Dato’ Mohd Shuhaily bin Mohd Zain, Ketua Polis Pulau Pinang dalam satu sidang media yang berlangsung di Pusat Media, IPK Pulau Pinang.
Hasil operasi tersebut, pihak PDRM Pulau Pinang berjaya menangkap enam (6) orang di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, merampas pelbagai dadah bernilai RM980,875.00 serta telah menyita lima (5) buah kenderaan, barang kemas dan wang tunai berjumlah RM274,550.00.
Kes disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati atau pemenjaraan seumur hidup.
Sumber berita dan gambar :
#pdrmpulaupinang

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut