PPM PENGKALAN KUBOR RAMPAS 32 EKOR HIDUPAN LIAR SELUDUP

PENGKALAN KUBOR, KELANTAN, 16 Februari 2022 – Sejumlah 32 ekor hidupan liar seludup berjaya dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor dalam satu operasi yang dijalankan di Pengkalan Haram Kebun, Sungai Mentua, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan.
Sepasukan anggota yang sedang melakukan tugas rondaan rutin botronda telah terserempak dengan seorang individu yang sedang memunggah sesuatu dari tebing pengkalan haram tersebut dalam keadaan mencurigakan. Menyedari kehadiran botronda PPM, individu tersebut bertindak melarikan diri dengan sebuah kereta menuju ke jalan besar. Setelah pemeriksaan dilakukan, telah menjumpai sebanyak 2 ekor burung kakak tua, 10 ekor sugar glider warna putih dan 20 ekor sugar glider warna hitam yang dipercayai telah diseludup masuk dari negara jiran Thailand. Walau bagaimanapun, tiada tuntutan dibuat oleh mana-mana pihak ke atas haiwan-haiwan berkenaan.
Kesemua hidupan liar tersebut bernilai kira-kira RM24,000.00 dan kes disiasat dibawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 & Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.
Sumber: fb Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …