R-NAUGHT COVID-19 NEGARA MENURUN KEPADA 1.27

Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 negara dilaporkan menurun pada tahap 1.27 pada 17 Februari 2022 (Khamis).

Berdasarkan data yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter rasminya, memaklumkan bahawa Labuan masih merekodkan kadar tertinggi sekali gus melepasti Rt negara dengan kadar 1.99.

Sarawak pula mencatatkan 1.50 manakala Sabah 1.47 diikuti Perlis (1.44); Kedah (1.41); Pulau Pinang (1.39); Terengganu (1.37); Kelantan (1.36) dan Selangor (1.32)

Negeri Sembilan merekodkan nilai Rt pada 1.30, manakala, Pahang dan Kuala Lumpur mencatatkan kadar 1.29 diikuti Putrajaya dan Johor 1.27; Perak (1.23) dan Melaka (1.21).

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan virus iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Semakin rendah nilai Rt, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Sumber berita dan gambar :

Twitter dan Sinar Harian

#KeluargaMalaysia

#covid19

#kkm

Artikel/Berita Terkini

BEKALAN DARAH NEGARA: MENGAPA KITA SENTIASA MEMERLUKAN PENDERMA?

Darah merupakan satu keperluan penting dalam sistem kesihatan sesebuah negara. Setiap hari, terdapat pesakit yang memerlukan darah akibat kemalangan, pembedahan, …

MANFAAT PELUH KEPADA KESIHATAN

Peluh merupakan cecair yang dihasilkan oleh kelenjar peluh pada kulit manusia. Pengeluaran peluh biasanya berlaku apabila seseorang melakukan aktiviti fizikal, …

MBSP CAR FREE MORNING @ SEBERANG PERAI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) MBSP CAR …