APMM PULAU PINANG SELAMATKAN PEMANCING TERPERANGKAP

GEORGE TOWN, 18 Februari 2022 – Tiga pemancing tempatan diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Pulau Pinang selepas terperangkap di bawah Jambatan Pulau Pinang, dalam kejadian hujan lebat dan laut bergelora pada 17 Februari 2022.

Pengarahnya, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed memaklumkan seorang mangsa membuat panggilan kecemasan pada 2 pagi memaklumkan mereka mula memancing di bawah jambatan itu pada 7 malam tadi. Mereka pada mulanya mereka bercadang pulang pada 7 pagi, namun hujan lebat melanda dengan keadaan laut bergelora dan air pasang besar.

Berikutan bimbang sesuatu buruk berlaku, pemancing tersebut menghubungi pengemudi bot yang disewa untuk membawa mereka pulang, tetapi bot itu tidak dapat mengambil mereka di bawah jambatan. Mereka kemudian menghubungi APMM Negeri bagi mendapatkan khidmat bantuan dan menyelamat.

Beliau turut memaklumkan semua mangsa dari Permatang Pauh itu berusia antara 23 hingga 58 tahun dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Batu Uban pada 4.45 pagi.

Sumber berita dan gambar :

Harian Metro

#KeluargaMalaysia

#apmm

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …