KADAR KEMASUKAN KE PKRC DI PULAU PINANG 50 PERATUS

GEORGE TOWN , 18 Februari 2022 – Kemasukan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Pulau Pinang masih terkawal pada kadar 50 peratus, walaupun berlaku peningkatan kes wabak itu di negeri itu, baru-baru ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Kerajaan Negeri akan terus memantau keadaan semasa serta membuat persiapan bagi memastikan kemudahan mencukupi untuk menampung peningkatan kes di Pulau Pinang. Berdasarkan statistik Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang,  lebih 90 peratus kes COVID-19 di negeri ini adalah dalam kategori satu dan dua.

Ketua Menteri turut menasihati ibu bapa supaya membenarkan anak mereka diberi vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) dan mereka yang layak diberi suntikan vaksin penggalak supaya berbuat demikian, bagi mendapatkan perlindungan dari ancaman COVID-19.

Sumber berita dan gambar :

Harian Metro

#KeluargaMalaysia

#pkrc

#covid19

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …