HOSPITAL PAKAR PERTAMA DI BALIK PULAU

GEORGE TOWN, 18 Februari 2022 – Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow hadir menyaksikan acara menandatangani memorandum persefahaman (MoU)  di antara pengendali penjagaan kesihatan swasta  Selgate Corporation Sdn Bhd dengan MTT Properties & Development Sdn Bhd untuk membangunkan sebuah hospital pakar swasta di Balik Pulau iaitu di perbandaran Botanica CT Garden Township di atas tanah seluas 2.02 hektar.

Hospital itu dijangka siap menjelang tahun 2025 dan akan memuatkan  kira-kira 150 katil untuk operasi penjagaan kesihatannya. Pembinaan  hospital baharu berkenaan adalah penambahan kepada 18 hospital swasta sedia ada di negeri ini dan akan mengukuhkan lagi kedudukan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan penjagaan kesihatan utama negara.

Menurut Rangka Tindakan Industri Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia 2021-2025, Pulau Pinang mendahului dalam pendapatan pelancongan penjagaan kesihatan, menjana RM750 juta daripada 500,000 pesakit yang datang ke negeri ini pada 2019.

Sumber berita dan gambar :

Bernama dan Harian Metro

#KeluargaMalaysia

#kesihatan

#kkm

#hospital

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …