POLIS BONGKAR MAKMAL PROSES DADAH, NILAI RAMPASAN RM 348 RIBU

IPOH – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama JSJN Perak telah berjaya menumpaskan sindiket makmal memproses dadah dengan nilai rampasan RM 348,768.00 hasil serbuan di 5 lokasi di Perak dan Negeri Sembilan.

Ketua Polis Perak, YDH CP Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash bin Wahid berkata dalam serbuan tersebut telah berjaya menahan 6 orang suspek dan merampas 5 buah kenderaan serta 2 utas barang kemas dengan anggaran bernilai RM 181,500.00.

Pihak polis juga merampas dadah yang disyaki heroin anggaran berat 9.42 kilogram dan dadah disyaki syabu anggaran berat 1.14 kilogram dengan nilai anggaran RM 167,268.00. Turut dirampas bahan-bahan kimia serta peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan semua suspek direman selama 6 hari mulai 14 Februari hingga 19 Februari 2022 bagi membantu siasatan.

Turut hadir, YDH DCP Dato’ Pahlawan Azizi bin Mat Aris, Timbalan Ketua Polis Perak, YDH ACP Lee King Chuan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak dan Supt Mohd Husni bin Manaf, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak
.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …