KESELAMATAN MAKANAN : PROGRAM VAKSIN BERGERAK MBPP (ANTI-TIFOID)

Program Vaksin Bergerak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) (Anti-Tifoid) diadakan untuk meningkatkan penerimaan suntikan anti-tifoid bagi pengendali makanan yang baru dan juga pengendali makanan yang perlu memperbaharui kad pengendali makanan. Tujuan pengambilan vaksin ini adalah untuk mengawal dan mencegah penyakit tifoid supaya tidak merebak dan berjangkit kepada orang awam melalui pemberian suntikan anti-tifoid.

Penyakit tifoid lebih dikenali sebagai demam kepialu dalam kalangan rakyat Malaysia. Penyakit demam kepialu adalah satu penyakit yang boleh membawa maut. Pelbagai langkah telah diambil oleh Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mencegah penyakit ini dan menguatkuasa undang-undang berkaitan makanan agar demam kepialu tidak merebak dalam negara. Namun jangkitan ini masih terjadi akibat sikap segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mematuhi garis panduan penyediaan makanan atau produk lain berasaskan makanan.

Para pengendali makanan diwajibkan untuk mengambil suntikan anti-tifoid setiap tiga (3) tahun sekali dan memastikan tempoh sah laku suntikan tidak luput. Berikut adalah jadual Vaksin Bergerak MBPP pada minggu ini :

TARIKH MASA  TEMPAT 
17/2/2022 9.00am – 3.00pm Balai Rakyat Teluk Bahang
18/2/2022 9.00am – 3.00pm Bilik Perbincangan Serbaguna, Tingkat 2, Dewan Bandaraya George Town
19/2/2022 9.00am – 3.00pm Dewan Komuniti Pekaka

Sumber infografik :

Laman Facebook Majlis Bandaraya Pulau Pinang

#penyakittifoid

#suntikanantitifoid

#mbpp

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …