PBBPP LAKSANAKAN PEMERIKSAAN DAN PENYELENGGARAAN FUNIKULAR BUKIT BENDERA SEHARI SETIAP BULAN

George Town, 17 Februari 2022 – Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) melaksanakan penutupan sehari setiap bulan bagi membolehkan pemeriksaan dan penyelenggaraan perkhidmatan funikular dilaksanakan mulai tahun ini. PBBPP dalam kenyataannya berkata, tumpuan akan diberikan kepada pemeriksaan keadaan semasa funikular dan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan yang tidak dapat dijalankan semasa waktu operasi normal funikular.

Penutupan sehari pada setiap bulan telah berjaya dilaksanakan pada 25 Januari lalu. Penutupan perkhidmatan funikular bulanan seterusnya adalah pada 22 Februari dan 23 Mac. Sebagai laluan alternatif, pengunjung boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan jip yang dikendalikan oleh Persatuan Penduduk Bukit Bendera atau menggunakan laluan mendaki untuk sampai ke puncak Bukit Bendera semasa tempoh penutupan. Pengunjung turut dinasihatkan untuk mengikuti akaun rasmi media sosial PBBPP (Facebook, Instagram dan Twitter) untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan tarikh penutupan termasuk penutupan sehari pada setiap bulan.

Sebagai info tambahan, perkhidmatan funikular Bukit Bendera juga akan ditutup untuk penyelenggaraan berjadual dwi-tahunan kedua bagi tahun 2022 bermula 17 hingga 28 Mei ini dan perkhidmatan akan beroperasi seperti biasa bermula 29 Mei. Selain itu, PBBPP turut menjalankan pemeriksaan rutin harian selepas tamat waktu operasi funikular Bukit Bendera.

 

Sumber berita:

Sinar Harian

 

#KeluargaMalaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …