KIT UJIAN KENDIRI COVID-19 : SAMPEL AIR LIUR ATAU AIR PAIP?

Awal Februari 2022, kes positif harian COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia semakin meningkat dan angkanya bertambah saban hari. Sehingga 16 Februari 2022, jumlah kes yang direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah sebanyak 27,831 kes menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 melonjak kepada 3,111,514 kes.

Pertambahan kes dan penularan varian Omicron menyebabkan masyarakat sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengekang penyebaran wabak tersebut. Selain mengamalkan pemakaian pelitup muka dan kerap menggunakan cecair pensanitasi tangan, kit ujian kendiri antigen COVID-19 juga menjadi pilihan masyarakat. Penggunaan kit ujian tersebut kini menjadi semakin meluas dalam memastikan tahap kesihatan diri kerana ianya mudah didapati, memberikan keputusan pantas dan harga mampu milik.

Namun, kesahihan keputusan kit ujian kendiri antigen COVID-19 mula dipersoalkan oleh masyarakat umum ekoran viral satu video yang dimuat naik dalam aplikasi TikTok mengenai satu kit ujian itu yang menunjukkan keputusan β€œpositif” setelah menggunakan air paip. MKN Pulau Pinang turut mengikuti lanjut perkembangan isu ini di media sosial dan mendapati rata-rata warganet menyuarakan pelbagai pandangan serta kebimbangan mengenai kewujudan penjualan kit ujian kendiri antigen COVID-19 palsu atau kemungkinan ada pihak yang cuba memanipulasikan kit ujian bagi tujuan tertentu.

Berhubung video kit ujian kendiri yang sedang tular tersebut, Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), KKM juga telah mengambil maklum dan mengeluarkan kenyataan bahawa cara penggunaan kit ujian kendiri di dalam rakaman video itu tidak mengikut arahan seperti yang ditetapkan oleh pihak pengilang. Ini menyebabkkan keputusan ujian yang terhasil tidak tepat dan mengelirukan orang ramai.

Oleh itu, MKN Pulau Pinang menyeru kepada semua lapisan masyarakat agar mendapatkan kit ujian kendiri antigen COVID-19 yang diluluskan oleh KKM bagi menjamin kesahihan keputusan ujian yang dilakukan. Senarai terkini kit ujian yang telah mendapat kelulusan bersyarat daripada KKM boleh dirujuk di pautan https://portal.mda.gov.my.Β MKN Pulau Pinang juga ingin menasihati orang awam supaya sentiasa mengambil pendekatan merujuk sumber sahih daripada Kementerian berkaitan terlebih dahulu sebelum mempercayai sesuatu isu yang diviralkan demi kepentingan kesihatan dan keselamatan semua.

Sumber berita dan gambar :

Portal Rasmi Medical Device Authority

#KeluargaMalaysia

#kkm

#rtkcovid19

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM BIMBING KESELAMATAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Kempen Keselamatan …
Maklumat Lanjut

𝗒𝗣𝗦 π—žπ—›π—”π—¦ π—Ÿπ—˜π—•π—œπ—› 𝗠𝗨𝗔𝗧𝗔𝗑

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut