OMICRON TIDAK SEBABKAN HILANG DERIA BAU – PAKAR

Varian Omicron virus COVID-19 tidak menyebabkan penghidapnya hilang deria bau seperti varian Delta. Pakar Perubatan Patologi (Mikrobiologi dan Imunologi) Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Dr Masita Arip berkata itu merupakan satu daripada perbezaan ketara antara gejala varian Omicron dan varian Delta.

“Selain itu, varian Omicron juga tidak menyebabkan demam dengan suhu yang tinggi sebagaimana pesakit COVID-19 varian Delta sebelum ini. Antara gejala utama yang dibawa oleh varian Omicron adalah sakit kepala dan loya.

“Orang ramai yang mempunyai gejala demam dan sakit kepala dinasihatkan mendapatkan rawatan dengan segera,” katanya ketika menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi.

Menurut Dr Masita, gejala yang dialami oleh penghidap varian Omicron adalah lebih singkat iaitu kurang lima hari berbanding varian Delta.

Beliau berkata masyarakat Malaysia perlu bersikap matang dalam menghadapi situasi melawan pandemik COVID-19 dengan segera mendapatkan rawatan apabila bergejala, sentiasa mengamalkan kawalan kendiri dan mengambil dos penggalak supaya mempunyai imuniti terhadap varian berkenaan.

Individu yang melakukan ujian kendiri COVID-19 di rumah dan mendapati diri mereka positif perlu jujur dan bertanggungjawab dengan tidak keluar rumah dan membahayakan orang lain, katanya.

Sumber:

BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

BENGKEL TAHSIN AZAN DAN IQAMAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Pada 12 Mac 2026, telah berlangsung Bengkel Tahsin Azan dan Iqamah bertempat di Auditorium Kolej …

PROGRAM RAMADAN MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) telah menganjurkan Program Ramadan MADANI YAPEIM (RMY) 2026/1447H Peringkat …

JOM DERMA DARAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  𝐉𝐨𝐦 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡, 𝐓𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐉𝐚𝐲𝐚           …