LAWATAN AMANITA PORT DICKSON KE KAWASAN LUAR BANDAR

AMANITA meneruskan langkah dengan melawat kaum wanita terutamanya golongan suri rumah yang tinggal jauh dari bandar Port Dickson. Mereka merasa seronok melihat sekumpulan polis wanita yang berpakaian AMANITA berwarna ungu menyapa dan bertanyakan situasi keamanan dan keselamatan di kawasan kejiranan mereka.

Kedatangan AMANITA merupakan tindakan proaktif bagi mendekati/menyelami/meninjau keadaan kaum wanita di taman – taman perumahan, kampung-kampung, kawasan perniagaan dan lain- lain kawasan di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson. Selain Tanah Merah, AMANITA juga melawat kaum wanita di kawasan Chuah dan Bukit Pelanduk.

OBJEKTIF RONDAAN/ LAWATAN :

  • Memberi pendekatan dalam mendidik masyarakat terutama suri rumah / peniaga mengenai keselamatan diri, keluarga dan harta benda disamping menggalakkan suri rumah /peniaga untuk menyalurkan maklumat jenayah kepada pihak polis.
  • Merealisasikan konsep ‘Engangement Housewives’ yang memerlukan kerjasama dari pelbagai agensi dalam penyaluran maklumat.
  • Menerangkan kepada golongan suri rumah / peniaga yang merupakan golongan yang sesuai menjadi mata dan telinga kepada pihak polis dalam konsep pencegahan jenayah.
  • Menasihati suri rumah / peniaga agar sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan diri di musim Covid-19 serta sentiasa mematuhi SOP PPN yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM.

Sumber : FB IPD Port Dickson

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …