RAKYAT MALAYSIA TIDAK PERLU KUARANTIN MASUK KE INDIA MULAI 14 FEBRUARI 2022

Pengembara dari Malaysia yang telah lengkap divaksin tidak perlu menjalani kuarantin untuk memasuki India berkuat kuasa Isnin (14 Februari 2022), menurut Suruhanjaya Tinggi India ke Malaysia menerusi catatan Facebooknya.

Selain itu, Ujian RT-PCR COVID-19 pra penerbangan juga tidak wajib bagi pengembara lengkap divaksin yang tiba di India dari Malaysia.

“Sebagai pemacu vaksinasi terbesar di dunia bermula dengan vaksin Aatmanirbhar India dan protokol COVID-19 ditetapkan, India melonggarkan sekatan perjalanan untuk pelancong yang datang ke India dari Malaysia. Suruhanjaya Tinggi India mendoakan keselamatan dan pengalaman yang tidak mungkin dilupakan di India untuk pengembara Malaysia.”

Meskipun tiada pengiktirafan rasmi bersama bagi pensijilan COVID-19 yang ditandatangani antara Malaysia dan India, kedua-dua Kerajaan mengiktiraf sijil vaksinasi dalam amalan diplomatik dan di lapangan.

Pintu pelancongan India dibuka semula pada 15 November 2021 bagi ketibaan dari semua negara dengan beberapa sekatan bergantung dari mana pengembara berlepas. Menurut laporan di CNN Travel, penerima vaksin yang diiktiraf WHO atau di negara yang mempunyai perjanjian pengiktirafan bersama sijil vaksin dengan India tidak perlu mengemukakan ujian semasa ketibaan berkuat kuasa 14 Februari 2022.

Setakat 10 Februari 2022, senarai itu merangkumi 82 negara termasuk Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) dan mereka yang tidak memenuhi syarat masih perlu melakukan ujian. Laporan tersebut turut menyatakan tiada kuarantin sejurus ketibaan dan penumpang antarabangsa diminta “memantau sendiri kesihatan mereka” selama 14 hari selepas ketinaan.

Semua penumpang dinasihatkan menyemak garis panduan perjalanan yang dikemas kini di https://mohfw.gov.in.

Sumber berita dan infografik :

BERNAMA

#KeluargaMalaysia

#SOP

#COVID19

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …