PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH SATU RAMPAS ROKOK DAN MINUMAN KERAS RM3.3 JUTA

GEORGE TOWN, 15 Februari 2022 – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu merampas rokok dan minuman keras tanpa cukai mengikut bernilai RM3.3 juta menerusi operasi yang dijalankan di perairan negara ini sejak Januari lalu.

Melalui sidang media yang diadakan hari ini di Pejabat PPM Wilayah Satu, Batu Uban, Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata kejayaan itu adalah hasil operasi khas yang diadakan sempena Tahun Baharu Cina membabitkan sekitar Zon Langkawi, Kedah; Pulau Pinang; Perak dan Selangor.

Sebanyak 2.2 juta batang rokok dengan nilai RM3 juta serta 4,227 liter minuman keras bernilai RM9,087 telah dirampas sepanjang tempoh itu. PPM Wilayah Satu turut merampas dua kereta, satu bot berserta dua enjin serta masing-masing satu motosikal dan lori. Seramai 12 individu turut ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Kastam 1967.

Dalam perkembangan lanjut, beliau menyatakan bahawa agensi penguatkuasaan itu turut berjaya menahan 39 bot penumpang atas pelbagai kesalahan mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952/60 dan melakukan penguatkuasaan terhadap bot pukat tunda yang beroperasi di perairan Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung jenayah maritim atau rentas sempadan boleh menghubungi talian 04-6558222.

Sumber berita dan gambar :

Harian Metro

#KeluargaMalaysia

#apmm

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …