PROGRAM JUALAN KELUARGA MALAYSIA PULAU MUTIARA

PULAU PINANG, 15 Februari 2022 – Kementerian Pengguna Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) bertempat di hadapan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah pada 12 Februari 2022 (Sabtu) yang lalu. PJKM ini bersifat membuka ruang kepada rakyat untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan asas dengan harga istimewa dan juga merupakan inisiatif membantu rakyat mengatasi isu kos sara hidup masa kini.

Program ini mendapat sambutan yang hebat dari kalangan masyarakat setempat dan membuktikan bahawa inisiatif ini berjaya memberi peluang kepada rakyat untuk mendapatkan barangan keperluan asas harian dengan harga yang amat berpatutan. Masyarakat setempat khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana dapat membeli pelbagai barangan keperluan harian dengan perbezaan harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran di setiap lokasi program PJKM.

Ayam segar, minyak masak, tepung, daging segar tempatan, barangan runcit, makanan dalam tin, telur, ikan dan sayur-sayuran merupakan item asas yang dibawa ke Program Jualan Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang.

 

Antara rakan niaga strategik KPDNHEP Pulau Pinang yang turut membantu menjayakan PJKM Pulau Pinang ini adalah:
1. Syarikat FAIZA (anak syarikat BERNAS)
2. NAFAS
3. MYDIN Wholesale
4. Pasaraya LOTUS’S
5. 99 Speedmart
6. Gold Selection
7. Ha Tekad
8. MK Kudus Enterprise
9. Yuhaso Grocery
10. Pak Tam Agrofarm
11. FAMA
12. LKIM
13. Cap Keluarga
14. Mutiara Bersatu Enterprise
15. SAJIKU ENTERPRISE

Sumber berita dan gambar :

Laman Facebook KPDNHEP Pulau Pinang

#KeluargaMalaysia

#pjkm

Artikel/Berita Terkini

‘RUMAH MADU’ PERTAMA DI TERENGGANU

Menyebut mengenai madu, pasti ramai yang akan melenting jika tersalah tafsir terutamanya golongan para isteri kerana terfikir bahawa madu yang …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗗𝗘𝗥𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗛

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Hospital Pulau …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗗𝗘𝗥𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗛

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Hospital Seberang …
Maklumat Lanjut