AKTIVITI PENGUATKUASAAN SOP KPDNHEP PULAU PINANG

PULAU PINANG, 15 Februari 2022 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Pemeriksaan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4, Pemeriksaan Tanda Harga dan Timbang Sukat, Pemeriksaan Penentuan Harga Maksimum Ayam & Telur, Pemeriksaan Bekalan Minyak Masak dan Pemeriksaan COVID Test Kit telah dijalankan pada 14 Februari 2022 (Isnin) di Taman Chai Leng Park serta kawasan sekitar melibatkan empat (4) buah premis.

KPDNHEP Negeri Pulau Pinang turut mengadakan Pemeriksaan Pematuhan SOP PPN Fasa 4, Pemeriksaan Tanda Harga dan Timbang Sukat, Pemeriksaan Penentuan Harga Maksimum Ayam & Telur , Pemeriksaan Bekalan Minyak Masak yang dijalankan di Pasar Awam Penanti dan kawasan sekitar yang melibatkan 33 buah premis. Hasil daripada pemeriksaan ini, tiga (3) tindakan kes telah diambil iaitu iaitu satu (1) kes dibawah Akta Timbang Sukat 1976 dan dua (2) kes dibawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Pemeriksaan Pematuhan SOP PPN Fasa 4, Pemeriksaan Bekalan Ayam dan Telur Ayam, Bekalan Minyak Masak serta Pemeriksaan RTK Test Kit COVID-19 turut dijalankan di premis sekitar kawasan Kepala Batas, Seberang Perai Utara telah dilaksanakan melibatkan 21 buah premis. Pemeriksaan yang sama juga dilaksanakan terhadap 19 buah premis perniagaan bertempat di daerah Timur Laut.

#KeluargaMalaysia

Sumber berita dan gambar :

Laman Facebook KPDNHEP Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …