PERTUMBUHAN POSITIF PETANDA JELAS EKONOMI MALAYSIA DI LANDASAN PEMULIHAN⠀

DKN 2021-2025: Teras 5 (Keutuhan Ekonomi)

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 2021 sebanyak 3.1% adalah sejajar dengan unjuran Kerajaan iaitu antara 3 hingga 4%. Ini adalah peningkatan berbanding tahun 2020, di mana KDNK menguncup sebanyak 5.6%.⠀

Peningkatan KDNK ini menggambarkan momentum pemulihan ekonomi yang jelas kelihatan sepanjang suku keempat tahun lalu, terutamanya melalui indikator-indikator ekonomi yang bertambah baik seperti:⠀

✅ Kadar pengangguran yang terus memulih kepada 4.2%;⠀⠀

✅ Jumlah perdagangan luar yang mencecah lebih RM2 trilion;⠀⠀

✅ Nilai aliran masuk bersih FDI yang berjumlah lebih RM50 bilion.⠀

Melangkah ke hadapan, Kerajaan mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi negara untuk 2022 dalam julat 5.5% hingga 6.5%. Ini juga selari dengan unjuran IMF dan Bank Dunia masing-masing sebanyak 5.7% dan 5.8%.⠀

Kerajaan akan terus komited mengutamakan kesejahteraan #KeluargaMalaysia dengan bertindak secara responsif kepada keperluan yang mendesak di samping mengekalkan kebertanggungjawaban fiskal dan pelaksanaan pembaharuan yang strategik bagi memastikan pertumbuhan ekonomi kekal mampan dan berdaya tahan dalam jangka sederhana dan panjang.

#mof

#indikatorekonomi

#KeluaranDalamNegaraKasar

#KeluargaMalaysia

 

Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

75 JENTERA PERTANIAN PACU MEKANISASI TANAMAN PADI SABAH

SERAH: Jamawi (empat kiri) menyampaikan replika kunci jentera pembajak dan penuai kepada Pengurus Besar LPBS, Datuk Dr Ramle Kasin. KOTA …

PELUPUSAN DADAH RM120.43 JUTA JSJN SABAH SELESAI

LUPUS: Alhusin memerhatikan proses membuka bungkusan bekalan dadah yang akan dilupuskan di Tapak Pelupusan Kualiti Alam Sdn Bhd, Bukit Pelandok, …

KEMUDAHAN ASAS BERNILAI RM317.89 JUTA DILAKSANAKAN DI KADAMAIAN

ALBUM: Ewon (tengah) bersama rombongan merakamkan gambar kenangan selepas mengadakan tinjauan. KOTA BELUD: Sebanyak lima projek jalan raya dan tiga …