PPM WILAYAH TIGA PENGKALAN KUBOR TUMPASKAN 24 KES SEPANJANG OPS TAHUN BAHARU CINA

 

TUMPAT – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor berjaya menumpaskan 24 kes sepanjang operasi khas sempena Tahun Baharu Cina bermula 25 Januari hingga Ahad.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Norzaid Muhammad Said memaklumkan bahawa nilai keseluruhan rampasan tersebut ialah RM172,357.

Kes tertinggi melibatkan Akta Kawalan Padi dan Beras Negara 1994 sebanyak sembilan kes; Akta Kastam 1967 (lima), Akta Kawalan Bekalan 1961 (lima), diikuti Akta Racun 1952, Akta Maqis 2011, Akta Makanan 1983, Akta Dadah Berbahaya 9152 dan Akta Imigresen 1959/63 masing-masing satu kes.

PPM sentiasa mengekang aktiviti penyeludupan barang-barang kawalan dan kontraban di sempadan.

 

SUMBER : SINAR HARIAN

Artikel/Berita Terkini

BENGKEL TAHSIN AZAN DAN IQAMAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Pada 12 Mac 2026, telah berlangsung Bengkel Tahsin Azan dan Iqamah bertempat di Auditorium Kolej …

PROGRAM RAMADAN MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) telah menganjurkan Program Ramadan MADANI YAPEIM (RMY) 2026/1447H Peringkat …

JOM DERMA DARAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  𝐉𝐨𝐦 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡, 𝐓𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐉𝐚𝐲𝐚           …