PERTUMBUHAN POSITIF PETANDA JELAS EKONOMI MALAYSIA DI LANDASAN PEMULIHAN⠀

DKN 2021-2025: Teras 5 (Keutuhan Ekonomi)

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 2021 sebanyak 3.1% adalah sejajar dengan unjuran Kerajaan iaitu antara 3 hingga 4%. Ini adalah peningkatan berbanding tahun 2020, di mana KDNK menguncup sebanyak 5.6%.⠀

Peningkatan KDNK ini menggambarkan momentum pemulihan ekonomi yang jelas kelihatan sepanjang suku keempat tahun lalu, terutamanya melalui indikator-indikator ekonomi yang bertambah baik seperti:⠀

✅ Kadar pengangguran yang terus memulih kepada 4.2%;⠀⠀

✅ Jumlah perdagangan luar yang mencecah lebih RM2 trilion;⠀⠀

✅ Nilai aliran masuk bersih FDI yang berjumlah lebih RM50 bilion.⠀

Melangkah ke hadapan, Kerajaan mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi negara untuk 2022 dalam julat 5.5% hingga 6.5%. Ini juga selari dengan unjuran IMF dan Bank Dunia masing-masing sebanyak 5.7% dan 5.8%.⠀

Kerajaan akan terus komited mengutamakan kesejahteraan #KeluargaMalaysia dengan bertindak secara responsif kepada keperluan yang mendesak di samping mengekalkan kebertanggungjawaban fiskal dan pelaksanaan pembaharuan yang strategik bagi memastikan pertumbuhan ekonomi kekal mampan dan berdaya tahan dalam jangka sederhana dan panjang.

#mof

#indikatorekonomi

#KeluaranDalamNegaraKasar

#KeluargaMalaysia

 

Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

RUMAH TERBUKA TAHUN BAHARU CINA PERINGKAT NEGERI DI SICC 17 FEBRUARI

JAFRY KOTA KINABALU: Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri akan diadakan pada 17 Februari ini bermula jam …

EDAR SERBUK EKSTASI, KETAMIN LELAKI DITAHAN JSJN SABAH

TUMPAS: Rampasan dan tangkapan dadah direkodkan JSJN Sabah. PENAMPANG: Kegiatan seorang lelaki mengedar dadah jenis serbuk ekstasi dan ketamin terbongkar …

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) PROGRAM JUALAN …