TERPAKSA BATAL SEMUA PROGRAM, KES COVID19 DI LABUAN MENINGKAT

WP LABUAN – Kementerian Wilayah Persekutuan menangguhkan sementara beberapa program sambutan hari Wilayah Persekutuan di Labuan selepas berlaku peningkatan kes jangkitan Covid-19 di pulau berkenaan.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, langkah itu diambil susulan kadar kebolehjangkitan (Rt) dengan nilai 2.17 tertinggi direkodkan beberapa hari lepas.

Katanya, pelbagai program sudah disusun sempena sambutan hari wilayah terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu. “Antara program berkenaan adalah Kenduri Wilayah Persekutuan, Pertandingan Tarian Zapin, Citra Budaya Muzikal, Pertandingan Battle Of The Band dan Pertandingan Memancing Pesisir Pantai.

“Kami mengharapkan penduduk di Labuan lebih berhati-hati dan mengambil pendekatan lebih serius bagi memastikan Covid-19 dapat dikawal dan dicegah daripada terus merebak,” katanya ditemui pada Program Jualan Keluarga Malaysia di Dataran Simpang Pertang di sini.

Beliau berkata penduduk di sana perlu memainkan peranan bagi memastikan Rt dan kes positif di Labuan dapat dikurangkan dalam tempoh terdekat. “Program yang ditangguhkan itu akan diadakan semula sekiranya keadaan di Labuan bertambah baik,” katanya.

Kredit: METRO
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut