MANGSA JATUH LAUT DISELAMATKAN MARITIM LABUAN

WP LABUAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Maritim Labuan berjaya menyelamatkan seorang mangsa yang jatuh ke dalam laut dalam kejadian yang berlaku pada pukul 5.30 petang semalam.
Pengarah Zon Maritim Labuan Kapten Maritim Nudin Jusoh, berkata kejadian berlaku di posisi 0.7 batu nautika barat laut Pulau Papan, perairan Labuan.
“Mangsa, lelaki warga tempatan berusia 24 tahun dilaporkan sedang menuruni tangga sisi kapal untuk ke bot penumpang dan telah tergelincir serta jatuh ke laut.
“Bot Peronda Kilat 23 yang dalam rondaan keselamatan di kawasan tersebut menemui mangsa sedang hanyut dan berpaut pada bot penumpang, mangsa diberi rawatan awal dan dihantar ke Hospital Labuan untuk rawatan lanjut,” jelasnya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan agensi tersebut, semalam.
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …