PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KANAK-KANAK (PICKids) PERINGKAT NEGERI KELANTAN

Majlis Pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids) Peringkat Negeri Kelantan telah diadakan di Lobi Kompleks Rawatan Harian, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada pagi ini.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini memaklumkan bahawa setakat kelmarin, hanya 5,000 kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun mendaftar untuk menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).

Jumlah itu sangat rendah berbanding keseluruhan kanak-kanak yang layak menerima vaksin, iaitu lebih 115,000. Kebanyakan ibu bapa mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum membenarkan anak mereka menerima vaksin.

Lebih 400 pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh Kelantan termasuk sekolah swasta disediakan. Namun, jumlah PPV berkenaan berubah-ubah bergantung kepada sambutan PICKids. Untuk ibu bapa yang pada awalnya tidak bersetuju, namun mengubah keputusan selepas itu, mereka boleh ‘walk-in’ ke mana-mana PPV untuk menerima vaksin.

Marilah kita bersama-sama menangani pandemik COVID-19 yang telah memberikan impak kepada status kesihatan, ekonomi dan kehidupan masyarakat sejagat dengan bersama-sama menjayakan PICKids ini.

 

SUMBER : FB JABATAN KESIHATAN NEGERI KELANTAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …