MAJLIS SAMBUTAN JUBLI EMAS BANDAR RAYA KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 6 FEBRUARI 2022 – Majlis Sambutan Jubli Emas Bandar Raya Kuala Lumpur telah berlangsung di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana Kuala Lumpur. Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia.

Di dalam majlis ini juga YAB Perdana Menteri telah mengumumkan Pakej Kesejahteraan Keluarga Malaysia Kuala Lumpur (PKKMKL) yang akan memberi manfaat kepada warga kota.

Turut diadakan adalah sesi pengenalan Festival Gendang dan Tari Kuala Lumpur 2022 atau KL Genta yang telah menampilkan wakil-wakil daripada Pihak Berkuasa Tempatan yang bertaraf bandar raya dari seluruh Malaysia.

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …