FESTIVAL GENDANG DAN TARI 2022 (KL GENTA 2022)

KUALA LUMPUR, 6 FEBRUARI 2022 – Bertempat di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana telah berlangsungnya Festival Gendang dan Tari Kuala Lumpur 2022 atau KL Genta 2022. Festival Gendang dan Tari ini merupakan festival yang menghimpunkan tarian, gendang dan nyanyian lalu dipersembahkan dalam satu bentuk pertunjukan.

KL Genta 2022 merupakan edisi yang keenam sejak ianya mula diperkenalkan pada tahun 2015 dan istimewanya pada tahun ini, festival ini diraikan bersama dengan Sambutan Jubli Emas Bandar Raya Kuala Lumpur yang ke 50.

Peserta KL Genta 2022 adalah terdiri daripada pihak berkuasa tempatan yang bertaraf Bandar raya. Sebanyak 8 buah pihak berkuasa tempatan yang telah mengambil bahagian iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Bandaraya Kuantan, Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Bandaraya Seremban, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Perbadanan Labuan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang – MBPP

Mengahadiri majlis ini sebagai tetamu kehormat adalah YBhg Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Ybrs Tuan Mohammad Azhan bin Md Amir, Datuk Bandar Petaling Jaya, YBrs Tuan Haji Rozali Bin Salleh, Datuk Bandar Kuala Terengganu, YH Dato’ Hamdan bin Hussin, Datuk Bandar Kuantan, YBrs Tuan Haji Anwar bin Mohd Zain, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi, dan YBhg Datuk Tpr Sulaiman bin Mohamed, Pengarah Eksekutif Perancangan.

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

LOKALITI WABAK DENGGI AKTIF NEGERI KELANTAN 2024

Terdapat 7 lokaliti wabak denggi aktif sehingga 19 Mei 2024 Wabak Tak Terkawal • 1 lokaliti di daerah Kota Bharu …
Maklumat Lanjut

KE MANA HALA TUJU

Kehidupan ibarat sebuah kenderaan; kita perlu pandu ia ke landasan yang betul untuk sampai ke destinasi yang diidamkan. Seperti pemandu …
Maklumat Lanjut

HARMONIKAH KITA? #BLOCKOUT ATAU #MAKIOUT.

Pada 27 Oktober 2023, tentera Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Gaza, terutamanya di utara dan Bandar Gaza. Israel …
Maklumat Lanjut