KOTA BHARU, 07 Februari 2022 – YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar hadir majlis perasmian KALA sentral semalam yang merupakan satu usaha yang sangat penting kearah pemulihan ekonomi rakyat akibat kesan penularan COVID-19 sejak dua tahun yang lalu.
Kerajaan Negeri komited membantu para usahawan kecil dan sederhana untuk mengembangkan lagi perusahaan mereka terutama di saat pandemik yang melanda sekarang ini. Pelbagai program berkaitan usahawan telah diadakan dengan peruntukan sehingga RM2.5 juta setahun untuk Program Usahawan Berdikari.
YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar yakin dengan adanya KALA Sentral ini, akan dapat memberi input dan peluang yang seluas-luasnya kepada para usahawan negeri Kelantan mengembangkan dan meluaskan lagi pasaran perniagaan mereka.
Tahniah kepada PKINK dan semua pihak yang menjayakan penubuhan KALA Sentral.



