AMANITA GIATKAN RONDAAN/LAWATAN SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2022

Tahun Baru Cina 2022 disambut meriah oleh rakyat Malaysia berbangsa Cina walaupun negara masih di dalam Pelan Pemulihan Negara(PPN) Fasa 4. Rakyat merasa lega apabila kerajaan menetapkan Prosedur operasi standard (SOP) sambutan Tahun Baru Cina 2022 yang lebih longgar berbanding tahun lepas.

Namun begitu, penganjuran rumah terbuka bagi perayaan itu tidak dibenarkan tetapi resepsi Tahun Baru Cina dibenarkan membabitkan individu yang mendapat jemputan sahaja dengan 50 peratus kapasiti ruang.
Sempena sambutan Tahun Baru Cina 2022, AMANITA menggiatkan rondaan dan lawatan ke taman – taman perumahan, kampung-kampung, kawasan perniagaan dan lain- lain kawasan di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson untuk membuat pemeriksaan samada SOP tersebut dipatuhi atau tidak. Hasil pemeriksaan secara rawak mendapati, rata-rata orang ramai mematuhi SOP yang ditetapkan dan turut merasa bimbang dengan keadaan terkini Covid 19.

Selain daripada pemeriksaan pematuhan SOP, objektif rondaan/lawatan AMANITA adalah:

  • Memberi pendekatan dalam mendidik masyarakat terutama suri rumah / peniaga mengenai keselamatan diri, keluarga dan harta benda disamping menggalakkan suri rumah /peniaga untuk menyalurkan maklumat jenayah kepada pihak polis.
  • Merealisasikan konsep ‘Engangement Housewives’ yang memerlukan kerjasama dari pelbagai agensi dalam penyaluran maklumat.
  • Menerangkan kepada golongan suri rumah / peniaga yang merupakan golongan yang sesuai menjadi mata dan telinga kepada pihak polis dalam konsep pencegahan jenayah.

Sumber : FB Polis Port Dickson

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …