KES COVID-19 MENUNJUKKAN PENINGKATAN DI PULAU PINANG

Sejak kebelakangan ini, tren bagi kes COVID-19 semakin meningkat di seluruh negeri kita. Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan kekal berada di rumah sekiranya tiada urusan penting di luar.

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang turut membuat hebahan nombor telefon Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Call Centre seperti berikut :

☎️ 04-3827143
☎️ 04-3827142
Orang awam diingatkan untuk mendapatkan rawatan segera sekiranya bergejala. Talian telefon ini beroperasi setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Bersama- sama kita memutuskan rantaian COVID-19 di negeri kita.
✅ Dapatkan vaksin apabila tiba giliran anda
✅ Amalkan etika batuk dan bersin yang betul
✅ Kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau gunakan hand sanitizer
✅ Buka tingkap untuk peredaran udara yang baik
✅ Pakai pelitup muka dengan betul

 

Sumber berita dan gambar:
Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Program Jualan …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  KPDN Pulau …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  PDN Pulau …