? ????????? ?? ???? ????????? ?????? ????? ?? ??????? ??????? ??????? ?? ??????? (??) – ????? ?????? ????

????? ??????, 30 Januari 2022 – Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang bersama JSPT IPD Seberang Perai Utara dan IPD Barat Daya telah mengadakan satu ??????? ??????? ??????? yang diketuai oleh YDH Supt. Zafri bin Zolkapli, Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pulau Pinang bersama 5 pegawai kanan dan 28 anggota JSPT Pulau Pinang di beberapa lokasi dalam daerah Barat Daya dan Seberang Perai Utara.
Operasi dijalankan hasil dari aduan dan maklumat orang awam berkaitan motosikal yang berlumba dan menunggang secara berbahaya (Samseng Jalanan). JSPT Pulau Pinang telah mengambil tindakan pro aktif dengan mengaturkan pasukan untuk memantau seterusnya menjalankan operasi bagi mencegah aktiviti samseng jalanan yang melibatkan kumpulan bermotosikal yang sering mendatangkan kegusaran kepada masyarakat setempat.
Hasil operasi tersebut telah berjaya menangkap 4 lelaki di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987 dan menyita sejumlah 43 buah motosikal di bawah Sek 64 APJ 1987. Sebanyak 117 saman telah dikeluarkan kepada penunggang motosikal dengan pelbagai kesalahan trafik.
Supt. Zafri bin Zolkapli (KJSPT P/Pinang) menasihati semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan dan berhati-hati semasa menggunakan jalan raya. Pihak polis akan mengambil tindakan penguatkuasaan secara menyeluruh jika terdapat mana-mana pengguna jalan raya yang masih lagi enggan mematuhi peraturan-peraturan jalan raya terutama kepada pelaku-pelaku samseng jalanan.
Sumber berita dan gambar:
Laman Facebook PDRM Pulau Pinang

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM BICARA EKSEKUTIF PENERANGAN ISU-ISU KESELAMATAN SIRI 1/2024

Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Bicara Eksekutif Penerangan Isu-Isu Keselamatan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN BERHASRAT BERI TABLET KEPADA PELAJAR – ZAHID HAMIDI

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) berhasrat untuk memberikan tablet kepada setiap pelajar dalam merealisasikan sekolah digital yang lebih berkesan pada masa …
Maklumat Lanjut

KPM UMUM ENAM INISIATIF ANTARANYA LONJAK KAPASITI GURU DIGITAL

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital. Menteri Pendidikan, Fadhlina …
Maklumat Lanjut