TRAGEDI NEGARA: ANAK PENGGAL KEPALA IBU TANPA BELAS IHSAN BAHANA DADAH

Dadah – Angkara engkau menyebabkan manusia lupa tentang nilai kemanusiaan. Seorang anak yang menjadi najis dadah akan alpa pengorbanan seorang ibu.

GEMPAR! Berita melaporkan kes seorang ibu di Shah Alam menemui ajal setelah kepalanya dipenggal oleh anaknya sendiri. “Tindakan seorang penganggur bertindak kejam memenggal kepala ibunya disebabkan tidak mendapat wang bagi membeli dadah” (Sinar Harian, 17 Januari 2022) telah mengejutkan negara. Tindakan yang tidak berperikemanusiaan ini berlaku kerana seseorang yang berada di bawah pengaruh dadah tidak lagi dapat berfikir secara rasional.  Ketidakwarasan tersebut telah menjadikan insan tercinta yang membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang menjadi korban.

Saban masa, kejadian seumpama diatas sering kali dilaporkan dalam media massa. Bekalan dadah yang menjadi punca, begitu mudah diperolehi. Kes tangkapan yang melibatkan rampasan jutaan ringgit dalam skala yang besar di negara ini kerap dilaporkan. Menurut Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain, PDRM telah berjaya merampas pelbagai jenis dadah seberat 27 tan metrik bernilai hampir RM1 Billion untuk sepanjang tahun 2021. Paling terkini adalah tangkapan oleh Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) pada 22 Januari 2022 lalu di Kampung Padang Embun, Pasir Mas, Kelantan. Tangkapan itu telah berjaya merampas dadah jenis ganja, syabu dan pil kuda bernilai RM27.3 juta. Bekalan ini mampu menampung sejuta orang penagih. Rampasan itu membabitkan bungkusan berisi 300kg dadah jenis syabu, 1.6 juta pil yaba dan 200kg ganja.

Jikalau dilihat kepada statistik bekalan dadah dan nilainya, sudah pasti ratusan ribu rakyat akan menjadi mangsanya. Hancur modal insan. Boleh tempang sesebuah negara jika perkara ini tidak dibendung dengan sewajarnya.

Dimanakah silapnya?…….sehingga sekarang isu ini tidak berkesudahan.

Dan dimanakah peranan kita dalam isu ini?

 

Nukilan Rakyat Pasrah

Artikel/Berita Terkini

𝗣𝗘𝗥𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗜𝗠𝗨𝗥 𝗟𝗔𝗨𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Perhimpunan Bulanan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM BIMBING KESELAMATAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Kempen Keselamatan …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗦 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗠𝗨𝗔𝗧𝗔𝗡

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut