PROGRAM HEBAHAN INFO ON WHEELS (IOW) DI PASAR MINGGU KUALA BESUT.

KUALA BESUT, TERENGGANU (28 JAN 2022) – Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu telah berkerjasama dengan Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Terengganu untuk melaksanakan dan meneruskan program Info On Wheels (IOW) yang bertempat di pasar minggu Kuala Besut. Dalam program yang dijalankan pada Jumaat lalu, turut terlibat adalah agensi kerajaan tempatan iaitu dari pihak Pejabat Penerangan Daerah Besut dan Pegawai Penguatkuasa Majlis Daerah Besut.

IOW merupakan satu daripada program Jabatan Penerangan (JaPen) dalam menghebahkan isu semasa dan memasarkan dasar serta inisiatif kerajaan melalui Unit Bergerak JaPen serta agenda utama adalah memberi peringatan tentang amalan SOP bagi mengelakkan penularan Covid 19 di Pasar Minggu Kuala Besut. Program ini berlangsung selama hampir 3 jam di hadapan kira-kira 200 orang peniaga dan pelanggan.

Program ini dilaksanakan secara berterusan sejak tahun lalu yang menyasarkan kawasan tumpuan umum selain bandar, pasar raya, pekan-pekan, ladang dan juga perkampungan dan akan diteruskan lagi pada tahun ini dengan lebih menarik. Pihak JaPen Terengganu bersama  MKN Negeri Terengganu akan sentiasa berkerjasam dalam menghebahkan maklumat berkaitan Covid-19 kepada orang ramai dalam setiap program yang dianjurkan pada setiap daerah. MKN Terengganu bersama agensi lain optimis untuk menyampaikan maklumat berkaitan Covid-19 dan isu-isu semasa supaya masyarakat lebih peka sekaligus memutuskan rantaian Covid-19 di negara ini.

#KitaJagaKita #KitaPastiMenang #TerengganuBebasCovid

#MalaysiaBebasCovid2022

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …