#HARIWILAYAH: KWP ATUR 65 PROGRAM HIASI SHWP2022

SAMBUTAN Hari Wilayah Persekutuan (SHWP) 2022 yang bakal disambut pada 1 Februari ini akan diisi dengan 65 program yang khusus untuk semua lapisan masyarakat.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, program tersebut telah mula dilaksanakan sepanjang Januari dan Februari ini bagi merancakkan lagi SHWP tahun ini.

“Sebanyak 65 program telah disusun atur sebagai pengisian SHWP 2022, yang khusus untuk semua lapisan masyarakat, daripada kanak-kanak, belia, dewasa dan juga keluarga.

“Aktiviti-aktiviti itu merangkumi enam teras utama iaitu Pengiktirafan; Ilmiah & Pendidikan; Usahawan; Kemasyarakatan; Seni & Budaya; serta Sukan,” katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Bulanan KWP di Putrajaya di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, Ketua Setiausaha KWP, Datuk Seri Rosida Jaafar, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah.

Menurut Shahidan, pihaknya akan menganjurkan program berasingan bagi Sambutan Jubli Emas Bandaraya Kuala Lumpur yang turut disambut pada tarikh yang sama.

Ia termasuk di dalam pengisiannya dan kita telah berbincang yang akan melibatkan sentuhan negeri-negeri dalam negara.

“Negeri-negeri ada makanan atau juadah istimewa tersendiri dan kebudayaan yang boleh dipersembahkan. Jadi ada hotel-hotel yang akan memperkenalkannya.

“Sebagai contoh, kemungkinan akan diadakan persembahan mengenai Hari Negeri Sembilan dan akan menunjukkan masakan istimewa dan mempersembahkan tarian kebudayaan negeri tersebut.

“Kemudian ia mungkin diikuti dengan negeri Perlis yang terkenal dengan keenakan air nira dan laksa, gulai ikan keli dan juga tarian canggung,” ujar beliau.

Jelasnya, konsep sentuhan negeri dalam meraikan Sambutan Jubli Emas Bandaraya Kuala Lumpur diadakan disebabkan ramai penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang datang dari semua negeri.

“Memandangkan bandaraya ini merupakan Ibu Negara Malaysia dan semua warga negara Malaysia di seluruh negara berhak untuk bersama-sama meraikan Sambutan Jubli Emas Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau juga merancang untuk memperkenalkan program sentuhan negara-negara luar negara bagi memeriahkan lagi SHWP 2022 dan Sambutan Jubli Emas Bandaraya Kuala Lumpur. – WILAYAHKU

 

SUMBER: WILAYAHKU https://www.wilayahku.com.my/

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM ADVOKASI KESELAMATAN UTUK PENGGUNA JALAN RAYA

Program Advokasi dilakukan oleh Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat (UKJRK) JPJ Negeri Sembilan & anggota daripada JPJ Cawangan Kuala …
Maklumat Lanjut

CEGAH BENCANA DI STESEN MINYAK

CEGAH BENCANA DI STESEN MINYAK Kehadiran bahan api (petrol), oksigen dan percikan api adalah 3 komponen penting untuk mencetuskan kebakaran …
Maklumat Lanjut