COVID-19 : KLUSTER PENDIDIKAN DI MELAKA MEMBIMBANGKAN

MELAKA – Kes positif Covid-19 membabitkan kluster pendidikan di Melaka semakin membimbangkan susulan kini empat kluster melibatkan seramai 261 pelajar direkodkan.

Pengarah Kesihatan Melaka, Dr Rusdi Abd Rahman berkata, kluster-kluster berkenaan tercetus pada awal sesi persekolahan tahun ini membabitkan dua buah kolej vokasional serta masing-masing sebuah sekolah menengah agama dan institut pengajian tinggi.

“Empat kluster tersebut termasuk Kluster Jalan Kemendor Jasin melibatkan seramai 39 Kolej Vokasional (KV) Jasin; Kluster Jalan Tun Telani melibatkan seramai 135 pelajar KV Melaka Tengah; Kluster Jalan Hang Tuah Jaya 2 membabitkan seramai 58 pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) dan Kluster Jalan Pengkalan Batu melibatkan 29 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sultan Muhammad.

“Setakat ini pihak kami sedang memantau sebuah sekolah agama di Telok Mas susulan lebih kurang 20 pelajar sedang bergejala selepas terdapat pelajar positif Covid-19 baru-baru ini,” katanya kepada pemberita selepas Operasi Tahun Baharu Cina (Ops TBC 2022) di Malim, pada Selasa.

Menurut Dr Rusdi, melihat kepada trend peningkatan kes positif Covid-19 dalam kalangan pelajar di Melaka, beliau tidak menolak berkemungkinan kes merebak ke sekolah asrama lain.

“Bagi saya ia semakin membimbangkan sebab itu kita perlu menangani hal ini. Tidak mustahil sekolah asrama lain akan ada pelajar positif selepas ini jika kita tidak berhati-hati,” katanya.

Dalam pada itu kata Dr Rusdi, setakat ini terdapat 15 kes varian Omicron direkodkan di Melaka sejak akhir Disember tahun lalu termasuk sembilan kes dilaporkan di Melaka Tengah manakala masing-masing tiga kes di Alor Gajah dan Jasin. “Bagaimanapun daripada empat kluster pendidikan itu, hanya satu kes Omicron” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

SELAMATKAN DIRI DENGAN UBAH KEPADA GAYA HIDUP SIHAT

Kesihatan aset penting dalam kehidupan manusia dan menjadi aspek utama dalam kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat atau negara. Tanpa disedari, corak …
Maklumat Lanjut

KEPKAS AMBIL TINDAKAN SUSULAN INSIDEN PELANCONG CHINA CEDERA AKTIVITI PARAGLIDING DI RANAU

KOTA KINABALU (30 April): Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melalui agensinya Lembaga Pelancongan Sabah (STB) sedang membuat susulan berhubung …
Maklumat Lanjut

PESTA KAAMATAN MENGINGATKAN SEMUA UNTUK BERUSAHA LEBIH GIAT LAGI: HAJIJI

RANAU (1 Mei): Sambutan Pesta Kaamatan memberi peringatan kepada semua pihak untuk berusaha dengan lebih giat lagi bagi meningkatkan keberhasilan …
Maklumat Lanjut