PANTAI TERENGGANU PILIHAN PENDARATAN PENYU.

SELASA, 26 JANUARI 2022 – Tahukah anda bahawa pantai di Negeri Terengganu merupakan lokasi pilihan pendaratan penyu untuk bertelur. Terengganu turut muncul sebagai negeri paling tinggi menerima pendaratan penyu dari 2016 sehingga 2019 dengan merekodkan sebanyak 25,106 ekor, sebahagian besarnya dari jenis agar dan ini diikuti Melaka yang mencatatkan sejumlah 2,087 ekor untuk tempoh empat tahun tersebut selain Pahang (1,535), Johor (1,023), Perak (347), Kedah (186) dan Negeri Sembilan (113).

FAKTA MENARIK!

Jumlah pendaratan penyu di sekitar pantai Terengganu didapati melonjak sebanyak 68 peratus dalam tempoh lima bulan pertama tahun 2021. Terdapat empat jenis penyu yang didapati memilih Malaysia, khususnya di Terengganu untuk bertelur iaitu Penyu Belimbing , Penyu Lipas , Penyu Karah dan juga Penyu Agar. Antara fakta yang menarik mengenai penyu adalah anak penyu akan pulang semula ke pantai yang sama kira-kira 20 hingga 30 tahun akan datang selepas menetas. Namun, hanya penyu betina sahaja yang pulang, manakala penyu jantan merayau di lautan atau pergi ke pantai lain.

PENEMUAN BANGKAI PENYU.

Namun, negara dikejutkan dengan banyak penemuan bangkai penyu yang terdampar atau terapung di sekitar perairan Terengganu. Penemuan bangkai penyu terbaharu pada 23 Januari 2022 menjadikan setakat ini, sebanyak 11 ekor haiwan reptilia itu telah ditemui mati di perairan Terengganu sejak awal tahun ini yang baru masuk 25 hari.

LANGKAH PEMULIHARAAN & PEMELIHARAAN.

Pelbagai usaha dan tindakan akan diambil bagi menjaga ekosistem seta populasi penyu ini selaras dengan Nilai Teras ke-7: Pembangunan Mampan di dalam DKN 2021-2025. Antara langkah yang diambil adalah dengan Kempen Penajaan Sarang Penyu Tahun 2022 dilancarkan Pertubuhan Pemuliharaan Alam Sekitar, Lang Tengah Turtle Watch (LTTW) bagi meningkatkan kesedaran orang ramai agar tidak memakan telur penyu dan memboikot penjualannya di pasaran. Pengurus Projek Lapangan LTTW Yasmin Rizal berkata, di samping mengumpul dana dengan menggalakkan orang ramai menaja satu atau lebih sarang telur penyu, kempen itu juga bertujuan memupuk kesedaran masyarakat dalam pemuliharaan penyu.

Selain itu, penglibatan universiti awam dilihat semakin meningkat terutamanya dalam melaksanakan kajian berkaitan penyu serta perkhidmatan sukarelawan dalam membantu menjaga populasi penyu di Terengganu. Turut terlibat juga adalah NGO-NGO yang memberikan sumbangan dana sama ada dalam bentuk wang atau kelengkapan.

Semoga setiap pendekatan yang dijalankan dapat meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti tempatan dan antarabangsa mengenai keperluan melindungi penyu dan memulihara ekosistem marin ini.

#SelamatkanPenyu #PeliharaAlamSemulajadi #LindungiKhazanahNegara #PembangunanMampan

Artikel/Berita Terkini

PAHANG SALUR RM1.2 JUTA UNTUK PROGRAM CELIK AL-QURAN OKU PENGLIHATAN

KUANTAN: Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan RM1.2 juta melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi Program Celik al-Quran Braille untuk golongan orang …
Maklumat Lanjut

PENTINGKAH KEAMANAN DAN KEDAMAIAN DALAM SESEBUAH NEGARA?

Saban hari, persoalan tersebut sering bermain di fikiran setiap generasi muda yang baru hendak melangkah ke alam dewasa. Di mana …
Maklumat Lanjut

PENGETAHUAN CPR MASIH RENDAH DIKALANGAN MASYARAKAT KITA

Pengetahuan asas bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dalam kalangan masyarakat  di negara ini masih rendah meskipun bilangan kes kematian mengejut dilaporkan …
Maklumat Lanjut